Makers Clay

Our Story

Satu ketika dulu, kami merupakan penjual produk kecantikan dan merupakan salah satu Team yang konsisten menjadi Top Sales untuk salah sebuah syarikat kosmetik di Malaysia.

Walaupun sudah berpengalaman lebih 6 tahun dalam perniagaan online, kami tidak pernah menjual produk kecantikan sebelum ini.

Setelah 3 tahun dalam industry kecantikan, kami dapati ada pelbagai masalah yang wanita hadapi antaranya muka breakout, berminyak serta berjerawat.

Founder Makers, Syazwani juga ketika itu mula mempunyai masalah kulit breakout membuatkan kami mula membuat kajian tentang masalah ini.

Setelah setahun mengkaji serta menemu ramah ramai pakar, kami dapati antara punca muka breakout adalah kandungan bahan kimia di dalam produk kecantikan sangat membimbangkan.

Produk yang di senarai hitam oleh KKM juga masih lagi di jual dengan meluas menyebabkan lebih ramai pengguna terdedah kepada bahan merbahaya.

Dari pemerhatian ini juga kami menjumpai Clay Mask. Kami dapati bahawa clay mask adalah solusi utama untuk detox kotoran di permukaan wajah seterusnya boleh memulihkan kembali kulit yang rosak.

Jun 2018, kami mula menjual Makers Clay Mask Homemade. Tidak kami sangka permintaan begitu banyak ketika itu sehingga kami terpaksa menolak permintaan dari pelanggan lain.

Kini, Makers Clay Mask sudahpun beroperasi secara Mass Production di mana kami berkerjasama dengan SIRIM bagi memastikan produk kami berada pada tahap kualiti paling tinggi.